EN | MY

Sarawak State Library

Read.Innovate.Excel

23 April 2020 -Program Jom Baca 2020 Diadakan Secara Atas Talian Oleh Pustaka Negeri Sarawak

Posted on 27 April 2020

23 April 2020, Pustaka Negeri Sarawak, Kuching – Detik Malaysia Membaca dan Sarawak Membaca telah kembali lagi. Program Jom Baca Bersama merupakan program membaca yang dilakukan serentak di seluruh Malaysia bertujuan memberi kesedaran dan memupuk minat membaca di kalangan masyarakat.

Program Jom Baca Bersama 2020 turut mendapat sambutan dan sokongan oleh YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia melalui video ucapan beliau dengan menyeru seluruh rakyat Malaysia agar sama-sama menyebarkan gelombang positif ke seluruh negeri kita menerusi pembacaan. YB Dato’ Sri juga turut memaklumkan bahawa usaha megadakan program Jom Baca Bersama ini adalah usaha berterusan Kerajaan untuk meletakkan Malaysia sabagai sebuah negara yang rakyatnya dikenali dunia sebagai rakyat yang mengamalkan budaya membaca
Sehubungan dengan itu, Pustaka Negeri Sarawak juga turut mengadakan pelbagai pengisian secara maya kepada orang awam bersempena program ini antaranya adalah Sesi Bercerita Secara Maraton oleh pencerita daripada Sarawak dan luar Sarawak yang dijalankan secara langsung di Facebook rasmi Pustaka Negeri Sarawak bermula jam 11pagi hingga 9malam

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang memasuki fasa ketiga ini tidak menghalang Pustaka Negeri Sarawak untuk menjayakan program Jom Baca Bersama ini kerana kami telah mengambil inisiatif untuk terus berkhidmat kepada masyarakat dengan mengadakan program ini secara atas talian dan menyahut seruan kerajaan untuk kekal #dudukrumah dan sentiasa #bacadirumah.