KUCHING, 25 Oktober 2021 โ Pustaka Negeri Sarawak pada tahun ini sekali lagi telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan aktiviti tahunan kami iaitu Sarawak Children Festival 2021 secara maya pada 29 โ 30 Oktober 2021 dan orang awam adalah dijemput untuk menyertai kesemua aktiviti yang bakal disediakan secara PERCUMA!
Pelbagai aktiviti menarik menanti anda terutamanya kepada kanak-kanak berusia 4 โ 12 tahun di mana mereka boleh menyertai dan mengambil bahagian di dalam sembilan (9) ruang aktiviti Sarawak Children Festival 2021 iaitu Story Space, Makerspace, Gastrospace, Linguisticspace, Marketspace, Performance Space, Game Space & Special Needs Space.
Sehubungan itu, Sarawak Children Festival 2021 turut mendapat sambutan dan sokongan daripada YB Dato Sri Hajah Fatimah Abdullah, Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak dan beliau juga akan merasmikan Sarawak Children Festival 2021 pada 29 Oktober 2021, jam 9:45 pagi yang akan diadakan sacara maya melalui saluran Youtube (PustakaSarawak) dan Facebook rasmi kami (pustaka.sarawak).
Untuk maklumat lebih lanjut, sila berhubung dengan pegawai seranta kami, Encik Ramdzan Saman @ 014-8603620 & Encik Nur Farhan @ 013-5617863
Sarawak Children's Literature Festival 2025 23 Aug 2025
(SIBU) Sarawak Children's Art & Literature Festival 2025 06 Sep 2025
Sambutan Hari Literasi Sedunia 08 Sep 2025
Sambutan Hari Literasi Sedunia 2025 08 Sep 2025
Sarawak Bookfair 2025 24 Sep 2025