EN | MY

Sarawak State Library

Read.Innovate.Excel

Pustaka Negeri Sarawak Anjur Forum Hari Sarawak : Revolusi Sarawak ke Arah Kemakmuran

Posted on 19 July 2022

KUCHING, 19 Julai 2022: Bersempena dengan sambutan Hari Sarawak dengan bertemakan Sarawak Makmur pada tahun ini, Pustaka Negeri Sarawak akan mengadakan Forum Hari Sarawak : Revolusi Sarawak ke Arah Kemakmuran pada hari Khamis 21 Julai 2022 jam 2:30 petang – 4:30 petang bertempat di Bilik Koleksi Khas, Aras 1, Pustaka Negeri Sarawak.

Ahli-ahli panel yang telah dijemput untuk menjayakan forum tersebut adalah :

Tajuk: Peranan Dan Tanggungjawab Rakyat Sarawak Ke Arah Kemakmuran
Ahli Panel 1 : Dr Noria Anak Tugang, Pensyarah Kanan, Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)

Tajuk: Penglibatan Belia Dalam Kemajuan Teknologi
Ahli Panel 2 : Puan Bebe Yanti Binti Mohamed, Senior Instructor, Akademi Digital, CENTEXS

Tajuk: Isu Dan Cabaran Dalam Mengikut Arus Pembangunan
Ahli Panel 3 : Encik Mohd Ali Bin Salim, Pegawai Pakar Pembimbing Pembangunan Sekolah, Pejabat Daerah Simunjan

Moderator : Encik Samsol Bin Morshidi Bujang, Penolong Pengarah, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak

Forum ini akan mengupas atau membincangkan mengenai revolusi di Sarawak ke arah kemakmuran dari segi penglibatan rakyat, peranan dan tanggungjawab serta isu dan cabaran seiring dengan pembangunan yang kian pesat dalam melahirkan rakyat yang gemilang dan terbilang.

Justeru, anda adalah dijemput untuk menyertai forum tersebut dan penyertaan adalah PERCUMA. Anda boleh mendaftar di https://www.pustaka-sarawak.com/apps/events/index-event.php?eid=EVE1657763262 atau imbas pada Kod QR di poster.

Sila patuhi SOP yang ditetapkan. Peserta yang mendaftar juga boleh menonton secara langsung di media sosial Pustaka Negeri Sarawak, Youtube dan Facebook.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, anda boleh berhubung dengan Puan Dayang Nur Syima Awang Adrus (cmasyima@sarawak.gov.my) / Aidashermilla Hashim (aidasheh@sarawak.gov.my) di talian 082-440488.