19 Julai 2022, KUCHING : Bersempena dengan sambutan Hari Sarawak dengan bertemakan Sarawak Makmur pada tahun ini, Pustaka Negeri Sarawak akan mengadakan Sesi Perkongsian Karya Penulis : Pandangan dan Pemikiran ke arah Sarawak Makmur bersama Encik Jais Sahok yang akan diadakan pada hari Jumaat, 22 Julai 2022, jam 11:00 pagi. Program ini akan disiarkan di media sosial rasmi Pustaka Negeri Sarawak, Facebook (pustaka.sarawak) dan saluran YouTube (pustakasarawak).
Sesi perkongsian bersama Encik Jais Sahok ini akan mengupas mengenai puisi-puisi di dalam buku bertajuk Kita Ini Penumpang Dunia. Puisi-puisi di dalam buku ini adalah mengenai suara kesedaran jiwa yang masih terus mencari dan memikirkan, mentafsirkan, mentasdik dan menghitung bibit-bibit dan erti seni kehidupan.
Anda semua dijemput untuk menghayati sekaligus memahami erti setiap puisi yang akan disampaikan oleh penulis itu sendiri dalam menghayati pengertian Sarawak Makmur di kalangan individu dan masyarakat.
Penyertaan adalah PERCUMA.
Untuk sebarang pertanyaan lanjut, anda boleh berhubung dengan Puan Dayang Nur Syima Awang Adrus (cmasyima@sarawak.gov.my) / Aidashermilla Hashim (aidasheh@sarawak.gov.my) di talian 082-440488.
JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT 2024 23 Apr 2024
MEDIA APPRECIATION IN CONJUNCTION WITH RAMAH TAMAH AIDILFITRI 23 Apr 2024
Opening of Sarawakiana Exhibition: Calligraphy (Sibu) 03 May 2024
Bengkel Sarawakiana: Keringkam 09 May 2024
SEMINAR SARAWAK LESTARI SIRI 1 14 May 2024