EN | MY

Sarawak State Library

Read.Innovate.Excel

Sarawak Children Festival 2022

Posted on 15 August 2022

KUCHING - Sarawak Children’s Festival (SCF) merupakan salah satu program tahunan yang dianjurkan khas oleh Pustaka Negeri Sarawak dengan kerjasama rakan pintar untuk kanak-kanak yang berusia 4 hingga 12 tahun.

Progam yang memasuki edisi ke-5 penganjurannya menyajikan pelbagai aktiviti menarik antaranya aktiviti STEAM, Junior vendor, aktiviti hands-on, dan Storytelling yang melibatkan pencerita yang dijemput khas daripada Australia, Indonesia dan pencerita tempatan.

Sarawak Children’s Festival 2022 (edisi ke-5) anjuran Pustaka Negeri Sarawak ini akan diadakan di tiga (3) kampus iaitu Pustaka Negeri Sarawak,Miri pada 27 dan 28 Ogos 2022, manakala Pustaka Negeri Sarawak, Kuching dan Sibu pada 3 dan 4 September 2022.

Di samping itu, Pustaka Negeri Sarawak, Kuching akan dimeriahkan lagi dengan program “Movie under the stars” pada 2 September 2022 pada pukul 8:00 malam. Semua penyertaan untuk program ini adalah percuma. Jangan lepaskan peluang juga untuk menyertai cabutan bertuah, ais krim percuma untuk 100 orang terawal semasa program yang berlangsung selama 3 hari ini di Pustaka Negeri Sarawak, Kuching.

Objektif Program;

(i) Menerap minat kanak - kanak terhadap aktiviti STEAM (Science, Technology, Engineering, Arts and Mathematics) yang semakin berkembang di Malaysia
(ii) Memberi pendedahan kepada para kanak – kanak dan remaja berkenaan dengan perpustakaan sebagai pusat maklumat dan rujukan.
(iii) Mewujudkan suasana pembelajaran melalui aktiviti beriadah
(iv) Mendedahkan kepentingan teknologi terkini kepada kanak - kanak yang berada di pedalaman

Senarai Rakan Pintar Untuk Sarawak Children Festival 2022, Pustaka Negeri Sarawak, Kuching;

1) American Corner Sarawak
2) Jabatan Kebudayaan dan kesenian, Negara Sarawak
3) Kiddo Science
4) IKA Picture Story House
5) Fun Art Club
6) WizKids Extended Care Centre
7) Manoa Project Sdn. Bhd.
8) Illustrato Studio
9) The Baking Mom
10) KAD ASK
11) Borneo Happy Farm
12) Chumbaka
13) Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Satok
14) Sketch Workshop