EN | MY

Sarawak State Library

Read.Innovate.Excel

Pustaka Teruja Melihat Kemesraan Keluarga Semasa Program Knowledge Camp: Starry Night

Posted on 16 August 2022

15 Ogos 2022, KUCHING - Knowledge Camp bertemakan Starry Night telah berlangsung dengan penuh sukses bermula pada 13 hingga 14 Ogos 2022 yang lepas.

Seperti sebelum ini, Program Knowledge Camp biasanya terbuka kepada kanak-kanak dan remaja sahaja tetapi buat julung kalinya, Pustaka Negeri Sarawak telah melakukan kelainan pada tahun ini di mana penyertaan adalah terbuka kepada seluruh ahli keluarga yang berminat. Program ini telah diadakan di perkarangan Pustaka Negeri Sarawak dengan kerjasama dari Sarawak Family Camping, American Corner dan Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM).

Sebanyak 55 peserta dari 11 buah keluarga telah menyertai program ini. Antara pengisian aktiviti yang telah dijalankan pada hari pertama ialah Pecah Bendung (Ice Breaking): Jejari Sotong, Keluarga Kamek, Pergi Library Juh! dan Pansuh Challenge manakala aktiviti Senam Aerobik, Le Tour de Park, Ceramah Rumahku Sekolah Pertama oleh Encik Khairul Anwar, Fun Art for Kids dan Bual Bicara Randau diadakan pada hari kedua program.

Pustaka Negeri Sarawak amat teruja apabila melihat jalinan erat dan kemesraan sesama keluarga yang telah dipupuk dari rumah dan diterapkan di dalam aktiviti atau program yang disediakan kepada mereka untuk kedua-dua hari tersebut. Ibu bapa dan anak-anak juga kurang menggunakan gajet di dalam aktiviti seharian mereka dan lebih memilih untuk bermesra dengan ahli keluarga masing-masing.

Antara objektif Knowledge Camp: Starry Night adalah;

a) Meningkatkan kesedaran peserta yang terlibat terhadap perkhidmatan dan kemudahan yang ditawarkan oleh PUSTAKA.

b) Memberi pendedahan kepada kemahiran literasi maklumat dan pengetahuan inklusiviti digital.

c) Meningkatkan kesedaran peserta terhadap kepentingan budaya ilmu serta usaha belajar sepanjang hayat.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Perkhidmatan), Pustaka Negeri Sarawak, Cik Hajah Salina binti Haji Zawawi turut berterima kasih kepada semua peserta dan pihak yang bekerjasama dalam menjayakan program ini dan berharap agar program seumpama ini akan berterusan pada masa akan datang menerusi penggulungan beliau semalam.

Sila layari laman sesawang kami di www.pustaka-sarawak.com dan sosial media kami untuk perkembangan terkini.

Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi pegawai seranta kami Nur Ashikin Ahmad, Unit Komunikasi di talian 0111-0870191 atau emel nuraa2@sarawak.gov.my

Terima kasih.