EN | MY

Sarawak State Library

Read.Innovate.Excel

MAKLUMAN PUSTAKA NEGERI SARAWAK ANJUR PUSTAKA BOOKFAIR 2023

Posted on 14 July 2023

MAKLUMAN PUSTAKA NEGERI SARAWAK ANJUR PUSTAKA BOOKFAIR 2023

KUCHING: Pustaka Negeri Sarawak dengan kerjasama Majlis Perpustakaan Awam Se-Malaysia (MPAM) dan Persatuan Pustakawan Malaysia Kumpulan Sarawak (PPMKSAR) akan mengadakan Kuching Bookfair 2023 (KBF 2023) pada :-

Tarikh : 22 hingga 30 Julai 2023
Tempat : Pustaka Negeri Sarawak

Sebanyak 16 pempamer seperti di bawah akan berada di Kuching Bookfair dan pelbagai koleksi buku boleh dimiliki oleh para pengunjung kelak;

• Popular Bookstore Sdn Bhd
• Buku Fixi Sdn Bhd
• Biblio Bookshop & Press
• Sinar Suci
• Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM)
• MyBookstore Sdn Bhd
• Bahagian Sumber & Teknologi Pendidikan (BSTP)
• Toko Buku Pujangga Baru
• iCATS Univericity College
• CENTEX Commercial
• Triple F Enterprise
• Pameran Arked Islam Nusantara (Sarawak)
• Dewan Bahasa & Pustaka Cawangan Sarawak
• UNIMAS Publisher

Objektif utama Kuching Bookfair ini diadakan adalah untuk menggalakkan tabiat membaca dalam kalangan masyarakat setempat di samping menyediakan platform untuk berinteraksi antara penerbit dan penulis serta menyokong industri buku khususnya di Sarawak.

Pelbagai aktiviti dan program menarik juga akan turut berlangsung serentak bersempena Kuching Bookfair ini antaranya adalah:-

1. Hari Terbuka Golongan Berkeperluan Khas
2. Kuiz Hari Sarawak
3. Sarawak Author’s Highlight bersama Ahli Panel Jong Chian Lai (Sasterawan Negeri Sarawak), Jaya Ramba (Penulis Sarawak) dan Sheild Sahran (Penulis Sarawak)
4. Bicara Karya bersama Ahli Panel Naziah Naziri (Penulis Sarawak), Prof. Dr. Syed Khairudin Aljunied (Penulis prolifik; Pakar Sejarah Asia (Arked Nusantara) danDr. Idris Boi (Penulis Sarawak)
5. Makersmeet 2023
6. Seminar dan Bengkel Pembelajaran Peta Minda
7. Pentauliahan Champions of CeRMIN
8. Bengkel Pemulihan Koleksi Perpustakaan
9. Literasi Maklumat
10. Program Secangker Teh Setapak Bandong bersama Puan Dayang Tata Susilawati Abang Yusuf
11. Cabutan Bertuah
12. Jualan Food Truck dan banyak lagi!

Sila layari https://www.pustaka-sarawak.com/apps/pbf2023/ untuk keterangan lanjut atau hubungi pegawai seranta kami :-

i. Puan Nur Azah Azizudin : 082-442000 ext. 243 / nurazah@sarawak.gov.my
ii. Puan Ainie Umairah Lee : 082-442000 ext. 241 / leemc2@sarawak.gov.my

Untuk mengikuti sebarang aktiviti dan capaian kepada informasi menarik kami, pengguna boleh melayari:-

Website : https://www.pustaka-sarawak.com/
Telegram : https://t.me/pustakanegerisarawak
Facebook : https://www.facebook.com/pustaka.sarawak/
Twitter : https://twitter.com/pustakaswk
Instagram : https://www.instagram.com/pustakaswk/
Youtube : https://www.youtube.com/user/PustakaSarawak

Sekian, terima kasih.