EN | MY

Sarawak State Library

Read.Innovate.Excel

MAKLUMAN MAJLIS PENANDATANGANAN MEMORANDUM PERSEFAHAMAN ANTARA PUSTAKA NEGERI SARAWAK DENGAN 
SEDIDIK SDN. BHD.

Posted on 04 August 2023

KUCHING: Majlis Penandatanganan Memorandum Persefahaman Antara Pustaka Negeri Sarawak dengan SeDidik Sdn. Bhd. oleh YBrs. Tuan Haji Japri Bujang Masli, Ketua Pegawai Eksekutif Pustaka Negeri Sarawak dan YBrs. Encik Ayub bin Dahari, Pengurus Besar SeDidik Sdn. Bhd. akan diadakan pada :-

Tarikh : 7 Ogos 2023, Isnin
Jam : 2:30 petang
Tempat : Bilik Suratkhabar, Aras 1, Pustaka Negeri Sarawak

Berikut adalah maklumat mengenai Memorandum Persefahaman antara Pustaka Negeri Sarawak dan SeDidik Sdn. Bhd. :-

PROGRAM DIGITAL LIBRARY PUSTAKA@SEDIDIK
Program Digital Library PUSTAKA@SeDidik adalah merupakan kerjasama SeDidik Sdn. Bhd. dengan Pustaka Negeri Sarawak. Kerjasama ini melibatkan pembangunan sudut Digital Pustaka dengan capaian akses dan jaringan ke sumber maklumat Pustaka Negeri Sarawak yang dinamakan PUSTAKA@SeDidik. Setakat 2022, SeDidik telah menubuhkan 13 buah Pustaka Digital Library iaitu:

1. TADIKA SeDidik Dalat
2. TADIKA SeDidik Jepak 2
3. TADIKA SeDidik Santubong
4. TADIKA SeDidik Luak
5. TADIKA SeDidik Datu Hilir
6. TADIKA SeDidik Gedong
7. TADIKA SeDidik Pending
8. TADIKA SeDidik Pangkalan Lutong
9. TADIKA SeDidik RPR Sebiew
10. TADIKA SeDidik Igan
11. TADIKA SeDidik Bougenvilla
12. TADIKA SeDidik Mukah
13. TADIKA SeDidik Miri

OBJEKTIF PROGRAM DIGITAL LIBRARY PUSTAKA@SEDIDIK
i. Memberikan akses kepada kanak-kanak, pendidik, ibu bapa dan komuniti setempat kepada sumber maklumat yang ada di Pustaka Negeri Sarawak secara percuma. (Bahan pengajaran dan pembelajaran, buku elektronik, bahan rujukan dan sebagainya)
ii. Memperkenalkan pendekatan baharu kepada kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan komputer di bilik darjah.
iii. Memberi peluang kepada kanak-kanak belajar secara interaktif.

BIDANG KERJASAMA
Tertakluk pada undang-undang, dasar-dasar kerajaan, kaedah, peraturan dan tatacara yang mengawal dan berkuat kuasa dari semasa ke semasa yang berhubung dengan Memorandum Perjanjian ini, pihak-pihak bersetuju untuk bekerjasama dalam perkara yang berikut:

i. Pembangunan Sudut Digital Pustaka;
ii. Penyediaan akses kepada sumber maklumat digital Pustaka;
iii. Pelaksanaan pendekatan pengajaran dan pembelajaran menggunakan sumber digital;
iv. Pendaftaran keahlian Pustaka Negeri Sarawak;
v. Pelaksanaan program literasi dan pembelajaran; dan
vi. Apa-apa bidang kerjasama lain yang berkemungkinan dapat dimajukan, diusahakan dan dipersetujui bersama oleh pihak-pihak.

Maklumat lanjut mengenai Majlis Penandatanganan Memorandum Perjanjian Antara Pustaka Negeri Sarawak dengan 
SeDidik Sdn. Bhd. sila berhubung dengan pegawai seranta kami, Encik Musa Ayub di talian 082-442000.

Sekian, terima kasih.