πππ£πππ¬ππ© πΌπ¬ππ’ πππ§ππ¬ππ πΏππππ‘ππ πππ§π©ππ πππΎ 2026, πππ§π ππ¨π πππ£πππ©πππͺππ£ πΌπ ~ ππ½ πΏππ©π€ ππ§π ππ€π‘ππ£π πππππ πππ ππ£π£
24 Ogos 2026, KUCHING β Pustaka Negeri Sarawak hari ini menganjurkan Majlis Sidang Media International Knowledge Conference (IKC) 2026 yang disampaikan oleh YB Dato Sri Roland Sagah Wee Inn, Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, bertempat di Pejabat YB Dato Sri Roland Sagah Wee Inn.
Mengangkat tema βTrusted Knowledge in the Age of AI: The Evolving Role of GLAM Institutionsβ, IKC 2026 bakal menghimpunkan pakar, pengamal, penyelidik serta pemain industri tempatan dan antarabangsa bagi meneroka perkembangan terkini, peluang dan cabaran kecerdasan buatan (AI), di samping memperkukuh peranan institusi GLAM (Galeri, Perpustakaan, Arkib dan Muzium) dalam landskap teknologi yang semakin pesat berubah.
Dalam ucapannya, YB Dato Sri Roland Sagah Wee Inn menggalakkan penjawat awam Sarawak untuk mengambil peluang menyertai IKC 2026, khususnya dalam meningkatkan pengetahuan dan kefahaman terhadap teknologi AI yang kini semakin menjadi sebahagian daripada kehidupan dan dunia pekerjaan.
Menurut beliau, AI mempunyai pelbagai manfaat dan potensi besar untuk meningkatkan kecekapan serta produktiviti, namun pada masa yang sama turut hadir dengan cabaran yang perlu difahami dan ditangani secara bijak. Sehubungan itu, penguasaan ilmu dan pemahaman yang tepat mengenai AI amat penting bagi memastikan teknologi tersebut dimanfaatkan secara berkesan, bertanggungjawab dan beretika, khususnya dalam penyampaian perkhidmatan awam.
IKC 2026 dijangka menjadi platform perkongsian ilmu dan inovasi yang dinamik, dengan penyertaan peserta tempatan dan antarabangsa serta pelbagai pengisian berimpak tinggi. Antaranya termasuk 17 pembentangan kertas kerja oleh pakar, pengamal dan penyelidik dalam bidang berkaitan, 100 pembentangan poster yang mengetengahkan hasil penyelidikan, projek dan inisiatif inovatif, serta 14 pameran yang memaparkan teknologi baharu, penyelesaian digital, produk, perkhidmatan dan amalan terbaik dalam sektor pengetahuan dan maklumat.
International Knowledge Conference (IKC) 2026 akan berlangsung pada 24 dan 25 November 2026 bertempat di Waterfront Hotel, Kuching, dan dijangka menjadi platform strategik bagi perkongsian ilmu, pertukaran idea serta pembentukan jaringan profesional dalam kalangan peserta tempatan dan antarabangsa.
Majlis sidang media turut dihadiri oleh Encik Japri Bujang Masli, Ketua Pegawai Eksekutif Pustaka Negeri Sarawak; Encik Wan Mazli Wan Razli, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi & Depositori); Hajah Salina Haji Zawawi, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Perpustakaan) serta barisan pegawai Pustaka Negeri Sarawak.
Pameran Sarawakiana: Menghayati Hari Sarawak 01 Jul 2026
Borneo Cultural Festival 2026 (Sibu) 03 Sep 2026
Sarawak Children s Art & Literature Festival 2026 (Sibu) 05 Sep 2026
Sarawak Children?s Art & Literature Festival 2026 12 Sep 2026
Karnival Sarawakku Membaca Siri 9/2026 (Zon N.66 Murum) X Majlis Graduasi Literasi Orang Dewasa 19 Sep 2026