EN | MY

Sarawak State Library

Read.Innovate.Excel

PEMINJAMAN, PEMULANGAN SERTA PEMBAHARUAN TEMPOH PEMINJAMAN BAHAN PERPUSTAKAAN

Posted on 31 May 2020

PEMINJAMAN, PEMULANGAN SERTA PEMBAHARUAN TEMPOH PEMINJAMAN BAHAN PERPUSTAKAAN

BIMBANG DENGAN PEMBAHARUAN BAHAN PERPUSTAKAAN?
Untuk makluman semua pengguna Pustaka Negeri Sarawak, disebabkan penularan Covid-19 serta lanjutan tempoh Perintah Pergerakan Bersyarat (PKPB), pihak kami telah memperbaharui tempoh peminjaman bahan perpustakaan secara automatik bermula pada tarikh 18 Mei 2020 - 18 Oktober 2020. Oleh yang demikian, TIADA DENDA akan dikenakan sepanjang tarikh tersebut.

BAGAIMANA HENDAK MEMINJAM & MEMULANGKAN BAHAN PERPUSTAKAAN?
Peminjaman dan pemulangan bahan perpustakaan masih DIBERHENTIKAN sementara waktu dan boleh dibuat pada 10 Jun 2020 atau pada tarikh yang akan dimaklumkan nanti.

Walau bagaimanapun, anda boleh melayari laman sesawang www.pustaka-sarawak.com untuk mendapatkan bahan bacaan secara digital.

SIAPA YANG PERLU DIHUBUNGI?
Sebarang pertanyaan lanjut, sila berhubung dengan pegawai seranta kami Encik Edison Ricket di link whatsapp dibawah:

https://wa.me/60138044220?text=HiPustakaNegeriSarawak

Terima kasih.

Upcoming Activities

There are no upcoming activities at the moment

View All Activities