Memperkasa Sarawak dengan Ilmu Pengetahuan.
Memberi capaian kepada sumber maklumat dan memelihara warisan intelek Negeri Sarawak
Mempromosi pembudayaan ilmu dalam negeri Sarawak
"Masyarakat berilmu dan berasaskan maklumat memerlukan forum untuk bertukar-tukar pendapat secara intelektual di kalangan masyarakat, sebuah pusat ilmu untuk minda dan idea disatukan, dan pengaksesan kepada maklumat, pengetahuan, teknologi dan budaya yang tidak dibatasi oleh sempadan geografi."
Pustaka Negeri Sarawak merupakan pusat sumber maklumat yang utama dan sebagai pembekal perkhidmatan maklumat kepada sektor awam dan swasta. Pustaka akan mengadakan rangkaian ke perpustakaan, pusat arkib dan pusat maklumat di seluruh Sarawak dan juga Malaysia. Pustaka juga menyediakan laluan untuk mengakses pusat maklumat antarabangsa. Pustaka berperanan sebagai pusat maklumat dan pusat budaya masyarakat.
Warga Malaysia di Sarawak bukan sahaja dapat mengakses maklumat dalam bentuk bercetak dan media elektronik, malah mereka boleh berkumpul untuk tujuan pendidikan dan budaya, program, dan penyertaan dalam aktiviti- aktiviti yang dianjurkan.
Terletak dalam taman dan berhampiran Masjid Jamek Negeri dan Taman Minaret di sebelah barat, Pustaka Negeri Sarawak merupakan satu lokasi yang sesuai untuk pembelajaran. Di samping itu reka bentuk dalaman Pustaka berstruktur moden abad ke-21 dan reka bentuk luarannya ramah alam sekitar.
Taman Pustaka meliputi tasik, tempat riadah, pameran kesenian, taman permainan, kawasan perkelahan, tempat pejalan kaki dan laluan basikal serta taman bunga.
Pustaka merupakan padanan yang sesuai antara seni bina dan teknologi maklumat yang mengagumkan. Suasananya menarik dan sesuai kepada pencari maklumat dan pengetahuan. Kemudahan lain yang disediakan untuk pengguna terdapat di tingkat bawah dan atas.
isnin – Jumaat: 10:00 pagi – 7:00 malam
Sabtu & Ahad: 9:00 pagi – 6:00 petang
***Kami tutup pada hari cuti am
Pustaka Negeri Sarawak
Jalan Pustaka Off Jalan Stadium
Petra Jaya, 93050
Kuching, Sarawak
Perkhemahan Ilmu x Kem Permata Bahasa SMKA Sheikh Haji Othman Abdul Wahab 10 Jul 2026
Juh Nambah Ilmu: Give Back to Community 23 Jul 2026
Seminar Sarawak Lestari 2026 13 Aug 2026
Juh Nambah Ilmu Siri 2 (Anjuran Pustaka Kuching) 14 Aug 2026
Sarawak International Bookfair & Sarawak Authors Festival 23 Sep 2026