Selaras dengan United Nations Sustainable Development Goals (SDG) 2030 Agenda, peranan kami adalah untuk memastikan kesediaan dan peluang pembelajaran sepanjang hayat yang saksama di negeri ini. Inisiatif seperti program Reading Seeds, PANDei menyediakan platform yang menyeluruh dan akses yang sama kepada pengetahuan. Strategi-strategi telah dirumuskan untuk menyokong pembelajaran sepanjang hayat dan seiring dengan aliran global, serta polisi negeri dan negara.
Dalam tahun 2019, Pustaka telah mengambil bahagian dalam pelbagai anugerah peringkat negeri (6 penyertaan), kebangsaan (2 penyertaan), dan peringkat antarabangsa (3 penyertaan). Kami berusaha untuk kekal berdaya saing dan mengambil peranan utama di semua peringkat untuk kami kekal relevan. Ini adalah selaras dengan inisiatif dan komitmen kerajaan negeri Sarawak untuk mencapai perkhidmatan awam bertaraf dunia pada tahun 2020.
Anugerah dan Pencapaian dalam tahun 2019:
Peringkat Negeri
- Anugerah Kualiti Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (AKPANS): tempat kedua Anugerah Perak Setiausaha Persekutuan Sarawak 2019 – Kategori Agensi Utama Negeri;
- Anugerah Pengurusan Pelanggan (APP);
- Anugerah High Performance Team: Finalists for Reading Seeds and PANDei projects;
- Anugerah Cabaran Inovasi Inklusif 2019;
- Mayor’s Award for Halaman Lanskap Organisasi Kerajaan Tercantik: Won as Champion;
- Mayor’s Award for Youth, Culture, Arts and Sport Category;
Peringkat Kebangsaan
- Anugerah Transformasi Komuniti U-Pustaka: Won Naib Johan Kategori Perpustakaan Awam (Negeri/Daerah/Cawangan/PBT/Komuniti);
- International University of Carnival on E-Learning (IUCEL) 2019: PANDei was awarded “Outstanding Open Educational Resources 9OER) Award”;
Peringkat Antarabangsa
- EIFL Public Library Innovation Award;
- IFLA Green Library Award 2019;
- UNESCO International Literacy Prizes – Confucius Literacy Prize.
Selama 20 tahun kewujudan kami, kami akan terus berusaha untuk menjadi yang terbaik di rantau ini dan kekal relevan dalam masyarakat untuk memastikan akses sejagat ke atas perkhidmatan perpustakaan dan maklumat untuk Sarawak.
TERIMA KASIH KERANA MEMILIH PUSTAKA SEBAGAI PERJALANAN ILMU ANDA
DR. HAJAH RASHIDAH HAJI BOLHASSAN
KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF
Pustaka Negeri Sarawak
Ceramah Integriti - Integriti dan Amalan di Pustaka 18 Feb 2021
Chairman’s Annual Address 2021 24 Feb 2021
Customer’s Day 01 | Pustaka Negeri Sarawak, Kuching 26 Feb 2021
Juh Nambah Ilmu 2021 15 Mar 2021
Memorandum of Understanding on k@Borneo Signing Ceremony 17 Mar 2021