Pendapat Perdana Menteri dan Ketua Menteri tentang kepentingan maklumat:
- YAB Tun Dr. Mahathir Mohammad
- YAB Pehin Sri Hj. Abdul Taib Mahmud
5 kualiti asas sebuah perpustakaan digital yang moden adalah:
"Treads" Tangga Kaca Sarawak terletak dalam kawasan hutan hujan. Sebagai sumber utama udara yang disedut, di sini juga terdapat hujan peringkat global yang memberi kesan kepada cuaca global. Hutan hujan ini dihuni oleh lebih daripada 8,000 spesis flora dan 20,000 spesis fauna. Keupayaannya menyokong kehidupan berkait rapat dengan keadaan bumi yang sejahtera.
Sungai-sungai di Sarawak memainkan peranan penting dalam kehidupan harian penduduk Sarawak. Sungai seumpama saluran darah yang menjadi nadi bumi Sarawak. Kekayaan flora dan fauna dengan 26 kumpulan etnik utama bergantung hidup kepada sungai-sungai yang membekal sumber makanan, air dan pengangkutan.
Sebagai lambang Negeri Sarawak, burung Kenyalang menerajui takhta hutan hujan di Sarawak. Penduduk peribumi Sarawak percaya burung Kenyalang adalah simbol kesucian.
Kesemua mercu tanda yang mempersonakan dan symbol-simbol yang unik ini menunjukkan bahawa Sarawak merupakan sebuah Negeri yang dinamik, bertenaga dan inovatif untuk dilawati. Bumi Sarawak yang sangat berharga ini merupakan kuasa ilmu dan maklumat. Tiada siapa dapat hidup tanpa ilmu. Ilmu mewarnai dan memperkaya kehidupan harian dan juga menyuburkan budaya di samping menjadi penyambung hubungan antara insan.
Pustaka Negeri Sarawak adalah laluan bagi ilmu dan maklumat dunia.
World Quran Hour 2026 bertempat di Masjid Darul Makmur, Serian 11 Mar 2026
Jom Baca Bersama 2026 23 Apr 2026
Kuala Lumpur International Bookfair 2026 (PBAKL) 29 May 2026
Perkhemahan Ilmu Sempena Hari Pustakawan 2026 13 Jun 2026
Makers Bootcamp 2026 (Kuching) 27 Jun 2026