Bakal dibuka pada tahun 2019, Pustaka Negeri Sarawak, Sibu bakal menjanjikan pengalaman baru dan perspektif yang berbeza dalam dunia perpustakaan. Konsep berupa Lifestyle Library yang diketengahkan bagi perpustakaan ini adalah sejajar dengan perkembangan pencarian ilmu dan keperluan dunia digital masa kini.
Bertemakan Educate Yourself, kesemua kemudahan dan prasarana yang disediakan adalah bertujuan sebagai pemangkin dalam proses pencarian dan penerokaan ilmu secara pembelajaran kendiri. Proses-proses ini melibatkan penerokaan, bermain sambil belajar, dan berfikir secara kreatif dan inovatif mengikut kemampuan dan kebolehan masing-masing. Ini adalah penting bagi memupuk sikap pembelajaran sepanjang hayat dikalangan individu ataupun masyarakat secara keseluruhan.
Pustaka Negeri Sarawak, Sibu bakal menawarkan pelbagai perkhidmatan dan fungsi sejajar dengan Ordinan Pustaka Negeri Sarawak 1999. Perkhidmatan-perkhidmatan tersebut akan disediakan kepada penduduk-penduduk di Sibu, terutamanya dari segi prasarana elektronik dan digital seperti:
Kemudahan lain yang bakal dinikmati oleh pengguna-pengguna di Pustaka Sibu adalah seperti:
Disamping itu, Pustaka Sibu juga bakal menjadi pusat rujukan perkhidmatan depositori kerajaan bagi zon tengah negeri Sarawak. Antara akitiviti-aktiviti yang turut dirancang adalah seperti seminar kesedaran kepentingan arkib dan bahan-bahan terbitan, tempat pengumpulan bahan-bahan terbitan, penilaian dan lawatan semula rekod dan koleksi-koleksi bahan Sarawakiana.
Pustaka Sibu terletak di Lot 1607, Sungai Merah dan kira-kira 7km dari pusat bandar. Perpustakaan ini sedang dibina berhampiran dengan University College of Technology of Sarawak (UCTS), Kampus Kolej Laila Taib, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Stadium Tertutup.
Rekabentuk dalaman yang moden dan unik, namun masih mengekalkan ciri-ciri kehijauan taman akan memberikan suasana yang tenang dan selesa kepada pengunjung yang datang untuk belajar dan membuat rujukan. Dengan rekabentuk yang sedemikian, ia mampu memberikan ruang yang selesa kepada pengunjung perseorangan mahupun berkumpulan.
Ceramah Integriti - Integriti dan Amalan di Pustaka 18 Feb 2021
Chairman’s Annual Address 2021 24 Feb 2021
Customer’s Day 01 | Pustaka Negeri Sarawak, Kuching 26 Feb 2021
Juh Nambah Ilmu 2021 15 Mar 2021
Memorandum of Understanding on k@Borneo Signing Ceremony 17 Mar 2021