Sistem e-TerbitS merupakan inisiatif Pustaka Negeri Sarawak melalui projek KFA hybrid antara Pustaka Negeri Sarawak dan Perpustakaan Negara Malaysia yang bertajuk Pengagihan fungsi sebagai pusat pemprosesan permohonan Nombor Piawaian Antarabangsa untuk penerbitan sebagai menyokong perancangan stategik Pustaka Negeri Sarawak melalui Balance Score Card (BSC) yang menjurus kepada Kecemerlangan dalam pengurusan maklumat (Knowledge Management Excellence), Kecemerlangan dalam perkhidmatan (Service Excellence) dan Kecemerlangan dalam kerjasama (Collaboration Excellence).
Objektif utama sistem ini dibangunkan adalah untuk membolehkan nombor piawaian antarabangsa iaitu International Standard Book Number (ISBN), dikeluarkan oleh Pustaka Negeri Sarawak hanya melalui sistem atas talian dengan mengekalkan fungsi utama Perpustakaan Negara Malaysia sebagai agensi tunggal yang mengawal pengeluaran nombor piawaian antarabangsa tersebut di Malaysia.
Kelebihan sistem e-TerbitS adalah pemberian nombor ISBN kepada penerbit hanya melalui sistem atas talian (online) selain mampu menyimpan data penerbit serta maklumat penerbitan di Sarawak. (Tertakluk kepada terma dan syarat permohonan).
Anda boleh klik di sini untuk mengakses perkhidmatan e-TerbitS.
YOUTH ACTIVITY: HOW TO CROCHET FOR BEGINNERS 02 Jul 2022
International Knowledge Conference 2022 (IKC 2022) 12 Jul 2022
Sambutan Hari Sarawak 2022 18 Jul 2022
Sarawak Children?s Festival 2022 02 Sep 2022
Makersmeet 2022 15 Oct 2022