EN | BM

Laman Rasmi Pustaka Negeri Sarawak

Baca.Reka.Cemerlang

Dasar Privasi

Terima kasih kerana melayari Laman Rasmi Pustaka Negeri Sarawak

Dasar Privasi

Halaman ini menerangkan dasar privasi yang merangkumi penggunaan dan perlindungan maklumat yang dikemukakan oleh pengunjung.
Sekiranya anda ingin mendaftar dan membuat transaksi atau menghantar e-mel yang mengandungi maklumat peribadi, maklumat ini mungkin akan dikongsi bersama dengan agensi awam lain untuk membantu penyediaan perkhidmatan yang lebih berkesan dan efektif. Contohnya seperti di dalam menyelesaikan aduan yang memerlukan maklum balas dari agensi-agensi lain.

Perlindungan Data

Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan.

Keselamatan Storan

Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.

Maklumat Yang Dikumpul

Tiada maklumat peribadi akan dikumpul semasa anda melayari portal Pustaka.

Maklum Balas

Kami amat mengalu-alukan maklum balas/pertanyaan anda.
Sekiranya maklumat yang terperinci diperlukan tidak terdapat di dalam Portal ini, keperluan anda akan dimajukan kepada agensi yang berkaitan.

e-Penyertaan

e-Penyertaan Pustaka Negeri Sarawak bertujuan untuk mengumpul dan menilai sentimen, melibatkan rakyat bersama dengan Kerajaan Negeri mengenai perkhidmatan dan dasar. Platform maklum balas kami terdapat pada portal Agensi Negeri serta laman web dan media sosial. Semua maklum balas akan diterima oleh agensi masing-masing.
Pustaka Negeri Sarawak mempunyai hak untuk memadam, tidak memberi kebenaran atau memindahkan sebarang kandungan khususnya mana-mana Kandungan yang melanggar mana-mana syarat-syarat TOU termasuk tetapi tidak terhad kepada komen yang:

  • Memutarbalik perkataan dan tidak berkenaan
  • Menyalahguna kepercayaan
  • Menggalakkan diskriminasi
  • Menggalakkan aktiviti haram
  • Melanggar mana-mana undang-undang atau hak harta intelek
  • Menyebabkan ancaman kepada keselamatan
  • Melanggar privasi orang lain
  • Mengandungi bahasa yang tidak senonoh
  • Melanggar undang-undang, peraturan-peraturan dan polis-polisi

Cookies

Cookies yang dihasilkan oleh pelayan web hanya akan digunakan untuk mengumpul maklumat bagi mengenal pasti layaran anda yang akan datang.
Laman Web Pustaka menggunakan non-persistent cookies atau per-session cookies untuk tujuan teknikal sahaja seperti penukaran bahasa pada Portal ini. Cookies ini tidak akan merekodkan data secara kekal dan ia tidak juga disimpan di dalam pemacu keras komputer anda. Ia akan terus di padam sebaik sahaja anda meninggalkan Portal ini.

Apa yang akan Berlaku jika Saya Membuat Pautan kepada Laman Web yang Lain?

Laman Web Pustaka mempunyai pautan ke laman web agensi Kerajaan dan agensi bukan Kerajaan. Dasar privasi ini hanya terpakai untuk Portal ini sahaja. Perlu diingatkan bahawa laman web yang terdapat dalam pautan Portal ini mungkin mempunyai dasar privasi yang berbeza dan pengunjung dinasihatkan supaya meneliti dan memahami dasar privasi bagi setiap laman web yang dilayari.

Pindaan Dasar

Sekiranya dasar privasi ini dipinda, pindaan akan dikemas kini di halaman ini. Dengan sering melayari halaman ini, anda akan dikemas kini dengan maklumat yang dikumpul, cara ia digunakan dan dalam keadaan tertentu, bagaimana maklumat dikongsi bersama pihak yang lain.

Pertanyaan atau Aduan

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau aduan mengenai dasar privasi atau Portal ini, anda boleh menghubungi kami melalui seksyen maklum balas yang disediakan dalam Portal ini.

(Nota: Dasar Privasi di atas di ambil dari Portal Rasmi Kerajaan Malaysia)