Program Minggu Literasi Media dan Maklumat 2024 Pustaka Negeri Sarawak merupakan salah satu program tahunan yang dianjurkan khas oleh Pustaka Negeri Sarawak bersempena sambutan Minggu Literasi Media dan Maklumat Global anjuran United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO).
Program yang memasuki edisi ke-5 penganjurannya menyajikan pelbagai aktiviti literasi yang penuh dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam membantu peserta meningkatkan kemahiran literasi agar lebih cakna dalam pencarian maklumat yang tepat seperti Literasi Maklumat, Latihan Pangkalan Data, Pertandingan Poster, Kuiz, Ceramah, Bengkel dan Program Literasi Orang Dewasa.
Ayuh jangan lepaskan peluang untuk menyertai Program Minggu Literasi Media dan Maklumat 2024 Pustaka Negeri Sarawak pada 24 sehingga 31 Oktober 2024 ini. Sertai kami beramai-ramai dalam pelbagai aktiviti menarik yang disediakan untuk anda! Semua penyertaan untuk program ini adalah percuma.
Untuk pertanyaan lanjut, anda boleh berhubung dengan pegawai kami Puan Nurfarathul Aqma binti Julani (nurfarath@sarawak.gov.my) atau Encik Mohd Tarmizi Bin Malek (mdtarmizi@sarawak.gov.my) di talian 084 - 315 200.
There were 4 participant(s) who had signed up online for this event.
International Archives Week 2025 23 Jun 2025
(SIBU) Borneo Cultural Festival 2025 03 Jul 2025
Seminar Sarawak Lestari 2025 ( Miri) 03 Jul 2025
Beach Cleaning ( Miri) 04 Jul 2025
Karnival Sarawakku Membaca Siri 7 bersama YB En. Nicholas Kudi Jantai, ADUN N.64 Baleh 12 Jul 2025