Berita baik untuk pengguna Pustaka Negeri Sarawak bahawa kini mereka boleh menyertai Sesi Walk in Literasi Maklumat secara individual dan berkumpulan di Pustaka Negeri Sarawak dengan mengikut kesesuaian masa mereka sendiri tanpa had masa diperuntukkan.
Program pendidikan pengguna ini merupakan inisiatif Pustaka untuk melatih pengguna memanfaatkan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan di Pustaka Negeri Sarawak dan membantu meningkatkan kemahiran literasi maklumat mereka untuk memenuhi keperluan maklumat semasa dengan memberi ilmu dan pengetahuan kepada Modul Tahap Asas seperti di bawah secara percuma:-
i. Mengenalpasti Keperluan Maklumat
ii. Pencarian Maklumat
Program ini tersedia kepada pengguna setiap hari kecuali cuti umum yang bermula pada jam 10 pagi - 5 petang.
Untuk mengikuti sesi ini, sila berjumpa dengan staf bertugas di Kaunter Perkhidmatan atau hubungi nombor telefon 082-442000/ whatsapp 013-8044220. Untuk pertanyaan melalui emel, sila hantarkan kepada librarian@sarawak.gov.my
Pameran Sarawakiana: Menghayati Hari Sarawak 01 Jul 2026
Seminar Sarawak Lestari 2026 13 Aug 2026
Juh Nambah Ilmu Siri 2 (Anjuran Pustaka Kuching) 14 Aug 2026
Knowledge Camp Series 2: Create. Play. Code! 15 Aug 2026
Hari Bersama Pelanggan Pustaka Negeri Sarawak, Sibu 22 Aug 2026