EN | BM
Sarawak State Government crest - Official crest of the Sarawak government Pustaka Sarawak logo - Pustaka Negeri Sarawak library logo

Laman Rasmi Pustaka Negeri Sarawak

Baca.Reka.Cemerlang

Knowledge Camp Series 2: Create. Play. Code!

Tarikh Mula
15 Aug 2026
Tarikh Tamat
16 Aug 2026
Masa
9am - 5pm
Tempat
Pustaka Negeri Sarawak
Keterangan Peristiwa

Pustaka Negeri Sarawak akan menganjurkan Knowledge Camp Series 2: Create. Play. Code! pada 15 hingga 16 Ogos 2026 di Pustaka Negeri Sarawak. Program selama dua hari ini bertujuan memperkenalkan kanak-kanak kepada dunia pengaturcaraan, kreativiti dan STEM melalui pembelajaran secara interaktif dan aktiviti amali menggunakan platform Scratch.

Program ini terbuka secara percuma kepada kanak-kanak berumur 8 hingga 12 tahun, dengan penyertaan dihadkan kepada 15 orang peserta bagi memastikan pengalaman pembelajaran yang lebih berkesan dan interaktif.

Sepanjang program, para peserta akan mempelajari asas pengaturcaraan menggunakan Scratch, mereka bentuk dan membangunkan permainan interaktif sendiri, serta mengasah kemahiran penyelesaian masalah, pemikiran kritis dan kerja berpasukan. Selain itu, peserta turut berpeluang meneroka kreativiti melalui penggunaan teknologi dengan elemen dan tema yang diinspirasikan daripada Borneo dalam suasana pembelajaran berkonsepkan perkhemahan.

Orang ramai yang berminat boleh mendaftar dengan mengimbas kod QR yang tertera pada poster program dan melengkapkan borang pendaftaran. Penyertaan adalah terhad dan pendaftaran akan ditutup sebaik sahaja kesemua 15 tempat telah dipenuhi.

Pustaka Negeri Sarawak menjemput ibu bapa dan penjaga untuk merebut peluang ini bagi memberikan pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan dan bermakna kepada anak-anak, sekali gus memupuk minat terhadap teknologi, kreativiti dan inovasi sejak usia muda.

Participate / Sertai Aktiviti

By sending your details here, you will be receiving updates (if any) on the upcoming event above / Dengan menghantar emel anda di sini, anda akan menerima sebarang kemaskini aktiviti di atas (jika ada)