Tahukah anda bahawa Kaum Punan merupakan etnik minoriti yang mendiami kawasan sungai Kemena di Bintulu dan hulu sungai Rejang di Belaga Sarawak? Berdasarkan maklumat yang dikeluarkan oleh Punan National Association (PNA) pada tahun 2019, terdapat 4790 populasi Punan di Sarawak. Mari kita ikuti sesi perkongsian maklumat menerusi Siri Ceramah Sarawakiana yang akan membincangkan aspek mantera yakni salah satu variasi bahasa yang terdapat dalam bahasa Punan. Mantera memaparkan pemikiran tentang peranan dan kepentingan sesebuah masyarakat untuk menguasai ilmu, menghayati alam sekitar, sebuah ekpresi intelektual yang memberi fokus kepada kehalusan dan keindahan budi bahasa. Ceramah tersebut turut fokus kepada prinsip simbol untuk melihat pemilihan perkataan dan dikaitkan dengan konteks dalam mantera sebagai cerminan akal budi masyarakat Punan.
Ceramah ini akan disampaikan Puan Zeckqualine Melai, Pensyarah Fakulti Bahasa dan Komunikasi, UNIMAS pada : Tajuk : Siri Ceramah Sarawakiana : Tujuan dan Makna Simbol dalam Mantera dalam Budaya Masyarakat Punan.
Tarikh : 20 Mac 2023, Isnin
Masa : 9.30 pagi Tempat : Bilik Koleksi Khas, Aras 1, Pustaka Negeri Sarawak
Penyertaan adalah percuma dan terbuka kepada orang ramai yang mendaftar. Untuk pendaftaran sebagai peserta atau sebarang pertanyaan lanjut, anda boleh berhubung dengan Puan Dayang Nur Syima Awang Adrus (cmasyima@sarawak.gov.my) / Aidashermilla Hashim (aidasheh@sarawak.gov.my) di talian 082-440488 atau imbas Kod QR pada poster.
https://www.facebook.com/pustaka.sarawak/photos/a.10150111509651267/10159706679091267/
https://www.instagram.com/p/Cpod8pfPpFK/?hl=en
https://twitter.com/pustakaswk/status/1634385357373575168
#PustakaNegeriSarawak
#SarawakStateLibrary
#BacaRekaCemerlang
#ReadInnovateExcel
#pustaka2023
#repositorirekodnegeri
Please LIKE, COMMENT & SHARE:
Website : https://www.pustaka-sarawak.com/
Facebook : https://www.facebook.com/pustaka.sarawak/
Twitter : https://twitter.com/pustakaswk
Instagram : https://www.instagram.com/pustakaswk/
Tiktok : https://www.tiktok.com/@pustakanegerisarawak/
Youtube : https://www.youtube.com/@PustakaSarawak/
//cer
(SIBU) Borneo Cultural Festival 2025 03 Jul 2025
Seminar Sarawak Lestari 2025 ( Miri) 03 Jul 2025
Beach Cleaning ( Miri) 04 Jul 2025
Karnival Sarawakku Membaca Siri 7 bersama YB En. Nicholas Kudi Jantai, ADUN N.64 Baleh 12 Jul 2025
Sarawak Children's Literature Festival 2025 23 Aug 2025