EN | BM
Sarawak State Government crest - Official crest of the Sarawak government Pustaka Sarawak logo - Pustaka Negeri Sarawak library logo

Laman Rasmi Pustaka Negeri Sarawak

Baca.Reka.Cemerlang

Keputusan Pertandingan Video Pendek Sempena Program Jom Baca Bersama 10 Minit

Ditulis pada 19 May 2026

Pustaka Negeri Sarawak merakamkan ucapan tahniah kepada semua pemenang Pertandingan Video Pendek Sempena Program Jom Baca Bersama 10 Minit yang telah berlangsung dengan jayanya baru-baru ini.

Pertandingan ini dianjurkan bagi menggalakkan budaya membaca dalam kalangan pelajar di samping memberi ruang kepada peserta menampilkan kreativiti, bakat serta penyampaian mesej yang positif dan inspiratif menerusi medium digital.

Bagi Kategori Sekolah Menengah, Johan telah dimenangi oleh Kolej Vokasional Miri, manakala Naib Johan disandang oleh SMK Agama Miri dan Tempat Ketiga dimenangi oleh SMK Dato Permaisuri.

Sementara itu, bagi Kategori Sekolah Rendah, SK Long Gang telah muncul sebagai Johan, diikuti SK Hijrah Badong, Daro sebagai Naib Johan dan SJK(C) Chiaw Nan di tempat ketiga.

Pustaka Negeri Sarawak turut merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua peserta, guru pembimbing serta pihak sekolah atas komitmen dan sokongan yang diberikan sepanjang pertandingan ini berlangsung.

Penyertaan yang diterima membuktikan bahawa generasi muda hari ini bukan sahaja mampu menghasilkan kandungan kreatif berkualiti, malah berupaya menyampaikan mesej yang bermanfaat kepada masyarakat melalui platform digital.

Diharapkan program seumpama ini akan terus menjadi medium dalam memupuk minat membaca, memperkasakan kreativiti serta menggalakkan penghasilan kandungan digital yang berinformasi dan berinspirasi.

Pustaka Negeri Sarawak berharap agar semua peserta akan terus berkarya dan mengambil bahagian dalam program-program yang akan dianjurkan pada masa akan datang.

Klik di sini untuk pergi ke pautan berkaitan