Salam Sejahtera warga Daro!
Jom sertai kami dalam Program Bacaan Bersama Pemimpin Sarawak yang akan diadakan bersama YB Encik Safiee bin Ahmad, ADUN N.43 Daro pada ketetapan berikut:
Tarikh: 20 Julai 2022, Rabu
Masa: 9:00 pagi
Tempat: Dewan Masyarakat Daro
Program Bacaan Bersama Pemimpin ini adalah merupakan salah satu program galakan membaca bagi mempromosikan minat membaca dalam kalangan masyarakat di Negeri Sarawak. Jemputan kepada Yang Berhormat ini merupakan inisiatif Pustaka untuk menjadikan pemimpin sebagai ikon membaca di samping berkongsi pengetahuan dan maklumat kepada masyarakat melalui pembacaan.
Pada sebelah petang pula, bermula dari pukul 1.00 sehingga 5.00, Pustaka Negeri Sarawak akan mengadakan pelbagai aktiviti menarik seperti promosi keahlian baharu perpustakaan, promosi Reading Seeds, aktiviti STEAM (Science, Technology, Engineering, Arts & Mathematics) dan banyak lagi.
Masyarakat setempat Daro adalah dijemput hadir untuk bersama-sama bagi memeriahkan lagi program ini.
Sebarang pertanyaan sila hubungi Fiona Ravia atau Nurrul Azzila di talian 082-442000 (samb. 217) atau emel fionarav@sarawak.gov.my / nurrul@sarawak.gov.my atau layari laman web rasmi Pustaka Negeri Sarawak di www.pustaka-sarawak.com.
There were 4 participant(s) who had signed up online for this event.
Sarawak Bookfair 2025 27 Sep 2025
Jerayawara Sarawak Lestari (Daro) 27 Sep 2025
SAL.co 2025 15 Oct 2025
Makersmeet 2025 18 Oct 2025
Sarawak Global Media and Information Literacy Dialogue 2025 24 Oct 2025