Pameran ini terdiri daripada 20 buah arca 3D yang dihasilkan dengan teknik timbulan, menggunakan bahan-bahan kitar semula seperti suratkhabar, kertas tisu dan kotak. Semua karya yang dipamerkan telah dihasilkan oleh bekas pelajar-pelajar SMK Bukit Assek, Sibu.
2 orang guru wakil SMK Bukit Assek Sibu telah berkerjasama dengan Pustaka Negeri Sarawak, Sibu untuk program ini:-
Cikgu Nik Sina Suria binti Nik Abdullah merupakan seorang guru Pendidikan Seni Visual, SMK Bukit Assek, Sibu. Beliau pernah melanjutkan pelajaran dalam bidang Seni Reka Tekstil di Universiti Teknologi Mara pada tahun 1992 hingga tahun 1996. Beliau juga telah melanjutkan pelajaran dalam bidang Pendidikan di Maktab Perguruan Raja Melewar di Negeri Sembilan pada tahun 1997 hingga tahun 1998, dan telah meneruskan karier sebagai seorang guru seni sehingga ke hari ini.
Cikgu Sia Pik Khoo merupakan seorang graduan dalam bidang Pendidikan (Sains Pertanian). Beliau juga telah meneruskan karier sebagai seorang guru dalam pelbagai subjek termasuk Pendidikan Seni Visual di SMK Bukit Assek, Sibu, serta telah terlibat dalam pelbagai aktiviti STEM di peringkat sekolah, kebangsaan, negeri dan juga antarabangsa.
There were 4 participant(s) who had signed up online for this event.
Sarawak Global Media and Information Literacy Week 2025 24 Oct 2025
Program Jerayawara Sarawak Lestari 2025 Zon Selatan,Kampung Hulur Meludam, Betong 19 Nov 2025
Seminar Sarawak Lestari Bertemakan ?Alam Sekitar dan Sumber Asli? 27 Nov 2025
Makersmeet 2025 29 Nov 2025
(Sibu) Fun Run 5KM in conjunction with the 5th Anniversary of Pustaka Sibu 30 Nov 2025