31 Mac 2021, Kuching - Kunjungan Hormat kepada Yang Berusaha Dr.Norisah Binti Suhaili , Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak telah diadakan kelmarin oleh Puan Arpah Adenan, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif, Tuan Haji Japri Bujang Masli, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi) dan beberapa pegawai daripada Pustaka Negeri Sarawak.
Kunjungan Hormat ini adalah bertujuan untuk berkongsi maklumat dan kemudahan perkhidmatan perpustakaan yang dapat digunakan oleh Guru dan murid sekolah. Dalam masa yang sama, Pustaka juga berbesar hati untuk meneruskan kerjasama dengan Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak dalam penganjuran program.
Pada tahun ini, Pustaka Negeri Sarawak akan mengadakan program Jom Baca Bersama untuk 10 Minit secara dalam talian pada 22 April 2021 jam 11:00 pagi - 11:10 pagi.
Ceramah Sarawakiana: Bentuk dan Penggunaan Bahasa Halus dalam Masyarakat Melayu dan Iban di Sarawak 30 Apr 2024
Opening of Sarawakiana Exhibition: Calligraphy (Sibu) 03 May 2024
Book Talk With The Author: Andaleeb Wajid 04 May 2024
Bengkel Sarawakiana: Keringkam 09 May 2024
SEMINAR SARAWAK LESTARI SIRI 1 14 May 2024