KUCHING: Rabu, 22 Mac 2023 - Bahagian Pengurusan Arkib, Repositori Rekod Negeri telah menjalankan perkhidmatan pewasapan melibatkan rekod-rekod di jabatan - jabatan kerajaan Sarawak sekitar Sri Aman, Betong, Sarikei dan Sibu pada 13-16 Mac 2023 yang lepas.
Sebanyak empat jabatan telah terlibat dalam sesi kali ini iaitu Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak Bahagian Sri Aman, Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak Bahagian Betong, Jabatan Tanah Dan Survei Cawangan Sarikei dan Jabatan Tanah Dan Survei Cawangan Sibu. Perkhidmatan ini dijalankan bagi tujuan untuk mengekalkan persekitaran yang kondusif dengan menghilangkan bau busuk dan gas berbahaya seperti ammonia dan hidrogen sulfida serta menghalang pembiakan biologikal yang boleh merosakkan fail dan rekod seperti serangga perosak dan kulat.
Untuk sebarang pertanyaan mengenai kadar pembayaran serta tempahan perkhidmatan pewasapan, sila hubungi Encik Mohamad Aizat Bin Ajis dan Encik Herrie Suliano Mohamad di talian 082-440 488 (samb. 103/107) atau melalui e-mel aizat2@sarawak.gov.my / herriesm@sarawak.gov.my .
Sila klik link https://www.canva.com/.../YHgA_bVvxb9BdQ_WqFMw6w/view... bagi mengakses brosur digital Perkhidmatan Pewasapan Rekod Dan Arkib, Pustaka Negeri Sarawak
https://www.facebook.com/pustaka.sarawak/photos/pcb.10159727097306267/10159727096436267
https://www.instagram.com/p/CqEtki2vOvQ/?hl=en
https://twitter.com/pustakaswk/status/1638360733829435393
#PustakaNegeriSarawak
#SarawakStateLibrary
#rekodrepositorinegeri
#PerkhidmatanPewasapanRekodDanArkib
#BacaRekaCemerlang
#ReadInnovateExcel
#pustaka2023
Please LIKE, COMMENT & SHARE:
Website : https://www.pustaka-sarawak.com/
Facebook : https://www.facebook.com/pustaka.sarawak/
Twitter : https://twitter.com/pustakaswk
Instagram : https://www.instagram.com/pustakaswk/
Tiktok : https://www.tiktok.com/@pustakanegerisarawak/
Youtube : https://www.youtube.com/@PustakaSarawak/
//cer
World Quran Hour 2026 bertempat di Masjid Darul Makmur, Serian 11 Mar 2026
Jom Baca Bersama 2026 23 Apr 2026
Kuala Lumpur International Bookfair 2026 (PBAKL) 29 May 2026
Perkhemahan Ilmu Sempena Hari Pustakawan 2026 13 Jun 2026
Makers Bootcamp 2026 (Kuching) 27 Jun 2026