EN | BM

Laman Rasmi Pustaka Negeri Sarawak

Baca.Reka.Cemerlang

BASIC EMERGENCY RESPONSE AND PRESERVATION SKILLS (BERES) SIRI 1-SIRI 2 (26 - 29 Februari 2024)

Ditulis pada 04 March 2024

1 Mac 2024, SIBU - Bermula pada tahun 2023, Pustaka Negeri Sarawak telah memperkenalkan program kesedaran pemeliharaan bahan arkib menerusi Basic Emergency REsponse and Preservation Skills (BERES).

Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada Pegawai Rekod Jabatan (PRJ) mengenai teknik-teknik asas digunakan untuk menyelamatkan rekod selepas bencana serta meningkatkan kefahaman tentang kepentingan menyelamatkan rekod selepas bencana terutama sekali di jabatan dan agensi kerajaan Sarawak.

Program selama empat hari ini telah dijalankan di Bilik Serbaguna, Pustaka Negeri Sarawak Sibu dan melibatkan agensi-agensi seperti Majlis Perbandaran Sibu, Majlis Daerah Sri Aman, Majlis Daerah Betong, Majlis Daerah Lubok Antu, Pustaka Negeri Sarawak Sibu dan Pejabat Residen Sibu.

Jika jabatan/agensi anda berminat untuk menyertai program ini, sila berhubung dengan Encik Mohamad Aizat Bin Ajis di Bahagian Pengurusan Arkib, Sektor Perkhidmatan Depositori melalui aizat2@sarawak.gov.my atau Tel: 082-374 000

#pustakanegerisarawak
#sarawakstatelibrary
#staterecordrepository
#repositorirekodnegeri
#bacarekacemerlang
#readinnovateexcel
#pustaka2024
#beres2024

Please LIKE, COMMENT & SHARE:
Website : https://www.pustaka-sarawak.com/
Facebook : https://www.facebook.com/pustaka.sarawak/
X : https://twitter.com/pustakaswk
Instagram : https://www.instagram.com/pustakaswk/
Tiktok : https://www.tiktok.com/@pustakanegerisarawak/
Youtube : https://www.youtube.com/@PustakaSarawak/

Follow the Pustaka Negeri Sarawak channel on WhatsApp: https://whatsapp.com/channel/0029Va6BLf859PwNwTOgCQ37

https://www.facebook.com/pustaka.sarawak/posts/pfbid0CdFcFmC6VrDQhgh69H1QTYP8QNeWUwYrMi2dTxpT5PQG6odrGbKi2p4vYgEzubpWl

//cer