EN | BM

Laman Rasmi Pustaka Negeri Sarawak

Baca.Reka.Cemerlang

Seminar Sarawak Lestari Bertemakan “Alam Sekitar dan Sumber Asli”

Tarikh Mula
27 Nov 2025
Tarikh Tamat
27 Nov 2025
Masa
9am - 5pm
Tempat
TBC
Keterangan Peristiwa

Pustaka Negeri Sarawak akan menganjurkan Seminar Sarawak Lestari 2025 bertemakan ?Alam Sekitar dan Sumber Asli? yang akan berlangsung di Kuching, Sarawak pada 27 November 2025.

Seminar ini menampilkan tujuh penceramah yang akan membentangkan tujuh topik utama berkaitan isu kelestarian alam sekitar dan pengurusan sumber asli. Selain itu, sebanyak sembilan pempamer turut menyertai pameran yang berkaitan rapat dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) No. 6, 7, 12, 13, 14 dan 15, merangkumi aspek air bersih, tenaga bersih, pengeluaran dan penggunaan bertanggungjawab, tindakan iklim, kehidupan di bawah air serta kehidupan di darat.

Sebagai organisasi yang diberi mandat untuk meningkatkan kesedaran awam terhadap Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), Pustaka Negeri Sarawak berperanan sebagai pusat rujukan, pendidikan dan advokasi dalam menyemai kefahaman masyarakat terhadap kepentingan kelestarian alam dan pembangunan mampan di Sarawak.

Participate / Sertai Aktiviti

By sending your details here, you will be receiving updates (if any) on the upcoming event above / Dengan menghantar emel anda di sini, anda akan menerima sebarang kemaskini aktiviti di atas (jika ada)